Chelsea Benamkan Arsenal

Aku baru saja tiba di Perlis.Aku dapat tahu belia dan pemuda tempat aku ada buat jamuan makan malam ni.Dia orang bakar daging lembu korban.Sampai rumah pun tidak lagi,aku terus menuju ke tempat jamuan dia orang buat.Ramai pemuda dan belia berkumpul malam ini.
Macam-macam cerita ada,aku jugak di ajak menyaksikan perlawanan di antara Chelsea menentang Arsenal.Yang menariknya aku di ajak oleh peminat fanastik MU.Hahaha.Konon-konon nya nak BOOO aku la,apabila Chelsea kalah.Dia orang jugak sememangnya minta Chelsea kalah pada malam ni.Tetapi sebaliknya telah berlaku.Chelsea telah benamkan Arsenal 3-0 .Hahaha.Puas hati aku.Tapi tidak di nafikan pada malam ini rentak permaianan di kawal sepenuhnya oleh Arsenal.Apa gunanya jugak kalau permainan cantik tetapi kalah.Pada malam ini Chelsea mengutip 3 mata penuh.Berasa selamat sikit di tangga ke atas.Buat MU,jangan haraplah.Tahun ini Chelsea unggul tahta la.

Chelsea Da Great


salam

post signature







Selanjutnya...

Alahai lembu

Semalam jam 10.30 malam aku dapat panggilan dari sahabat aku yang bernama Nasir.Dia memberitahu aku bahawa esok kita korban ayam,tak jadi korban lembu.Terkejut aku mendengarnya.Aku tanya nasir,kemana perginya lembu kita?Nasir cakap lembu sudah terlepas,lari kemana pun tak tahu.Aku cakap,jangan main-main.Ingat benda ni main main ka?Nasir jawap,betul!tak tipu.
Apa pun aku cakap,cari lembu sampai jumpa jugak.Tak kira apa terjadi.Pening aku di buat nya.Lembu boleh terlepas.Macam lawak saja bunyi nya.Selepas aku bercakap dengan Nasir.Lebih kurang 25 minit,aku terima panggilan daripada azizi.Beliau memberitahu aku lembu sekarang berada di Medan makan Kangar.Jauh tu lembu tu lari.Sampai masuk kedalam pekan.Aku cakap,pergi la tangkap.Masing-masing takut kena tanduk.Penakut jugak kawan-kawan aku ni.Ada yang nak panggil RELA.Ada yang nak panggil JPA la.Lembu sekor pun nak panggil macam-macam.Apa pun kena tangkap lembu tu.Kalau tidak,tak korban la esok.Jam 12.30,telefon aku berbunyi pulak.Aku dapat berita gembira.Lembu telah berjaya di tangkap.Lembu di tangkap di belakang Balai Polis Kangar.Hebat betul lembu ni.Satu pekan Kangar dia pusing.Kiranya Hari Raya Korban tahu ni,jadi sejarah lah dan pengalaman manis.Lembu boleh terlepas dan di tangkap di dalam Pekan.ahahahaha... lawak tul...


salam...

post signature





Selanjutnya...

Selamat Hari Raya Aidiladha

Buka hati,
Dapat cinta,
Buka fikiran,
Dapat Ilmu,
Buka Beg Plastik,
Dapat Daging Korban,
Baca blog Biasa,
Dapat satu ucapan,

"SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA"

Raya qurban tahu ni aku beraya di Perak.Pagi ini aku solat di satu surau.Ramai orang di sana.Aku bersalaman dan mengucapkan selamat hari raya.Ada yang berbalas dengan senyuman,ada jugak yang sombong.Dalam hati aku berkata,isk macam ni punya perangai pun ada.Bila di tegur,di buat sombong.Di pagi raya pulak tu.Aku abaikan semua tu,tujuan aku ke surau adalah untuk sembahyang hari raya aidiladha.Aku di maklumkan di surau itu akan mengadakan korban lembu selepas solat Jumaat.Ramai-ramai di jemput hadir bersama gotong-royong memotong daging.Selepas saja menunaikan solat,aku terus menuju ke satu tempat yang pada pagi itu dia orang mengadakan korban sekor lembu.Aku turut terlibat sama bergotong royong menolong orang di situ.Daging yang di potong di agihkan kepada orang kampung.Ada jugak daging yang di masak di tempat itu,dan mereka membuat kenduri dan menjemput orang kampung makan bersama.Seronok aku rasa bila terlibat sekali bersama dengan mereka.Aku ingat pada tahun depan aku akan kongsi bersama ahli keluarga untuk membeli lembu dan mengadakan korban di tempat aku.

lembu sedang di lapah
sedang bersiap sedia untuk memotong daging lembu
ramai-ramai memotong daging lembu

daging lembu di timbang dan di agihkan kepada penduduk

kepala lembu sedang di proses

Terfikir jugak di hati aku,lembu ni semua ada gunanya.Tak rugi kalau bela.Daging,kulit,tanduk,kaki,ekor,telinga sehingga ke tahi.Semua nya ada gunanya..

salam


post signature




Selanjutnya...

Sumbangan Untuk Gerakan Mangsa Banjir

Jam menunjukan 1.00 pagi,aku baru saja sampai di Perak.Aku bertolak lewat hari ni.Petang tadi aku terlibat dengan satu program.Program yang di anjurkan oleh Pemuda Bahagian Kangar.Aku di maklumkan Pemangku Ketua Bhg Kangar dengan semua ajk pemuda akan datang ke kampung untuk memberi sumbangan untuk Gerakan Mangsa Banjir.Pada petang tadi semua pemuda dan belia berkumpul dan bersemuka dengan Pemangku Ketua Bhg Kangar dan Ajk Pemuda bhg Kangar.Ketua Pemuda aku tidak dapat hadir pada petang itu.Aku mewakili beliau dan aku mengalukan kedatangan mereka dan aku mengucapkan terima kasih kerana prihatin dan datang melawat tempat aku serta memberi sumbangan untuk Gerakan Mangsa Banjir.Terdapat jugak beberapa masalah telah timbul pada petang itu.Masalah itu telah di luahkan oleh Boy,Boy meluahkan rasa kecewa terhadap Penyelaras Pemuda Indera Kayangan.Ini kerana tempat kami telah di tengelami air sebanyak 3 kali,tetapi kami semua tidak nampak pun beliau melawat atau datang bertanya khabar.Boy jugak meluahkan rasa tidak puas hati tentang satu perkara iaitu tentang pergi menyaksikan GP di Sepang.Sepatutnya tempat aku di berikan kuata 2 tiket.Keadaan menjadi panas sekejap.Terpaksalah aku meredakan keadaan.Aku memberitahu kepada Ketua Pemuda Bhg Kangar,Penyelaras Indera Kayangan,pemuda dan belia semua,benda yang lepas biarkan lepas,jadikan ia satu pengajaran.Di harapkan selepas ini benda ini takkan berulang.Ini suara dari akar umbi.Kemudian aku memberi laluan kepada Pemangku Ketua Pemuda dan penyelaras Pemuda Indera Kayangan memberi penjelasan.Syukurlah belia dan pemuda tempat aku dapat menerima penjelesan dari mereka.Daripada kita pendam di hati,baik kita bercakap di depan.Maka akan ada penyelesaian.Di harapkan selepas ini benda yang macam ini takkan berulang kata aku.
Setelah semuanya selesai,program tersebut di teruskan dengan penyerahan sumbangan kepada setiap ahli gerakan mangsa banjir.Terima Kasih aku ucapkan kepada Pemangku dan semua ajk bahagian kangar.

Belia di beri pendedahan supaya dekat dengan Pemuda
aku sedang mendengar penerangan dari mereka
ajk-ajk Pemuda dan Pemangku Ketua
Pemangku Ketua berucap dan memberi penjeleasan


salam

post signature







Selanjutnya...

Tandop Air

Pagi ni aku di maklumkan yang YB Dr Dr Por Choo Chor(Indera Kayangan) ,Ybhg Dato Tajuddin,engineer Jps dan media akan datang ke tempat aku untuk melihat tandop air yang rosak.Aku jugak di maklumkan yang JKK aku tidak dapat turut serta kerana beliau terpaksa pergi ke Bukit Temiang untuk mengambil lembu yang telah di berikan kepada tempat aku.Aku bersama Azizi membawa mereka semua melihat tandop air yang telah rosak.Aku jugak memberitahu bahawa dahulu,jikalau air empangan di lepaskan,kawasan aku tidak mudah di naiki air.Ini kerana tandop air yang ada,sememangnya tidak lagi berfungsi.Aku jugak meminta agak JPs membaiki dan menukar tandop air yang lebih canggih.Aku jugak memberitahu mereka semua bahawa pada bulan ini,tempat aku telah di tenggelami air sebanyak 4 kali.Enginerr Jps itu memberi jaminan bahawa tindakan segara akan di ambik.
aku menanti YB,Dato dan Enginerr Jps datang ke tandop air yg pertama
tandop air pertama yang pertama yang telah rosak
YB bertanya sesuatu kepada enginer Jps
Enginer Jps menerangkan kepada Dato dan YB
menuju ke tandop air yang kedua
tandop kedua yang memang telah lama rosak dan tidak boleh digunakan lagi
Enginer Jps memberita tindakan akan di ambil secepat mungkin
inilah tandop yang ketiga yang mengalami masalah
Enginer Jps pergi memeriksa tandop di temani wartawan di belakan
aku menerangkan kepada mereka semua apa akan berlaku kalau tindakan lambat di ambil
wartawan menanyakan sesuatu kepada Dato dan Engineer Jps

Terima kasih aku ucapkan kepada YB,Dato dan Pihak JPs kerana prihatin terhadap masalah kami penduduk setempat.


salam.



post signature

Selanjutnya...

Penyerahan Lembu

Petang kelmarin aku menerima panggilan dari seorang sahabat,Tajol.Beliau merupakan salah seorang Ajk Pemuda Bahagian Kangar.Beliau memberitahu aku pada petang ini,akan ada penyerahan Lembu dari Parlimen kepada setiap Dun.Penyerahan tersebut di adakan di tempat perhaiwanan di Bukit Temiang.Beliau mengajak aku kesana untuk menyaksikan penyerahan yang di di rasmikan oleh Dato' Seri Mohd Radzi Tan Sri Sheikh Ahmad.Tajol memberitahu aku yang dia sekarang berada di Putra Place terlibat dengan satu program.Bila aku sampai di Putra Place, aku dapat melihat ramai pemuda yang berada di sana.Rupanya, hari itu terdapat satu program Askar Wataniah yang melibatkan pemuda-pemuda bahagian kangar.Selepas selesai program tersebut aku bersama tajol terus menuju ke Bukit Temiang untuk menyaksikan program penyerahan lembu di buat.

ramai yb yang hadir pada hari itu
tayar lori terbenam,dan tidak dapat bergerak.hehehe

dato tajuddin melihat lembu yang di agihkan ke setiap dun
pegawai yang bertugas mengagihkan lembu

salam..


post signature


Selanjutnya...

Parlimen(TQ Dato' Seri Mohd Radzi Tan Sri Sheikh Ahmad)

Awal aku bangun pagi hari tu,Bersiap- siap untuk sarapan pagi dan kemudian terus bertolak ke Parlimen.Pakain baju batik,hari isnin pulak tu.Tak penah di buat orang.Selalu nya orang kerajaan ni pakai baju batik hari khamis tak silap aku.Rasa janggal aku di buat nya ..

Menaiki bas menuju ke parlimen
Sempat lagi aku tangkap gambar sendiri..hehe
Sahabat dari bilik sebelah...

Kami bertolak jam 9.00 pagi.Kami bertolak awal pagi tu di sebabkan hari itu ada lah hari berkerja,maka kereta punya la banyak.Pening jugak kepala aku tengok kereta banyak sangat,Rupanya hotel yang kami menginap itu dekat sahaja dengan bangunan parlimen,perjalanan mengambil masa lebih kurang 20minit saja.

akhirnya tiba di bangunan parlimen...
inilah bangunan parlimen.Mesti semua orang dah tahu kan.hehehe
macam YB tak kawan aku ni.YB BOY hahahaa.


Rupanya di kawasan parlimen ni,bas atau kenderaan awam ni tidak di benarkan masuk.Terpaksa kami berjalan menuju ke pintu masuk bangunan parlimen.Nasib baiklah tidak jauh.Kalau jauh pun,aku jalan gak,ini pengalaman ni.Bukan senang nak masuk tengok orang bersidang secara langsung.Bila tiba di pintu masuk ke dewan parlimen,kami semua terpaksa menunggu Dato' Seri Mohd Radzi terlebih dahulu.Ini kerana hanya beliau yang dapat bawak kami masuk kedalam bangunan parlimen tersebut.Kami dapat melihat ramai ahli-ahli parlimen yang hadir pada pagi itu

Dato' Ismail Bin Kasim ahli parlimen arau... sempat bertanya khabar.

Kemudian
Dato' Seri Mohd Radzi pun datang.Beliau membawa kami semua masuk ke dalam bangunan parlimen,Tapi sebelum masuk di dalam bangunan parlimen tersebut,kami semua terpaksa menyerahkan handphone masing-masing.Mungkin dia orang takut kami rakam aksi dan gelagat mereka waktu bersidang.adeHHH..takleh bawak masuk hp.isk.


Handphone di serahkan kepada pegawai yang bertugas.

Apabila masuk di dalam bangunan parlimen tersebut,kami telah di berikan penerangan sekali lagi oleh pegawai yang bertugas di situ.Persidangan berjalan tepat jam 10 pagi dah behenti pada jam 12 tengahari.Aku dapat lihat secara langsung parlimen bersidang pada hari itu.Pengalaman menarik ni.Bukan semua orang dapat.Aku dapat lihat Anwar Ibrahim bertikah lidah,Nala bertikam lidah,kecoh di buat nya.hehehehe
Setelah habis persidangan kami semua di bawak melihat kawasan sekitar bangunan parlimen.Kami juga di beri peluang masuk ke dalam dewan negara.Apa lagi,aku duduk atas kerusi Senator hari tu.Pergh sedap gila kerusi tu.Patut la dia orang leh duduk situ 2 jam.hahaha.
Tapi yang menarik di dalam bangunan tersebut adalah tempat merokok.Sama ada ahli parlimen ka,menteri ka.kala nak isap rokok,satu ja tempat dia.Smoking area tu la.Smoking la bersama dengan orang biasa.hehehe.Dah habis semua meronda satu bangunan parlimen ,kami semua keluar bersedia untuk bertolak balik ke hotel.Di luar aku mengucapkan terima kasih kepada
Dato' Seri Mohd Radzi kerana memberi aku satu pengalaman yang tidak akan dapat aku lupakan.

Bersama Ahli Parlimen Kangar . YB Dato' Seri Mohd Radzi Tan Sri Sheikh Ahmad



TQ
Dato' Seri Mohd Radzi Tan Sri Sheikh Ahmad


salam

post signature





Selanjutnya...

Malam di Kl

aku di kejutkan oleh Boy,dia memberitahu aku bahawa malam ini Dato' Seri Mohd Radzi akan datang makan malam bersama kami semua.Belia tiba jam 8.30 mlm,kami semua menjamu selera bersama belia.Kemudian beliau menerangkan peraturan-peraturan di dalam Parlimen.Banyak jugak peraturan di dalam parlimen.Handphone tidak di benar bawak masuk,baju mesti lah baju batik atau baju melayu,kasut sukan tidak dibenarkan dan bermacam-macam lagi.








Dato' Seri Mohd Radzi memberi penerangan kepada kami semua.

Apabila sudah selesai makan dan mendengar penerangan dari beliau.Aktiviti malam itu adalah bebas.Aku terus menelefon kawan aku yang berada di KL.Kawan aku bawak aku ronda satu KL malam tu.Macam gelagat manusia dapat aku lihat.Setiap jalan,setiap lorong kami redah.ehehehe
ada yang auwww ada yang UMmm. hahaha hebat tul KL.






Siang dan malam sama saja.Ramai ja orang.Itu yang menarik tu.hehehe...

Setelah habis aku pusing satu KL.Kami pergi makan nasik lemak di kampung baru.Aku balik ke bilik pukul 2.45 pagi.Puas aku pusing,tu pun dia nak bawak aku kemana lagi pun aku tak tahu.Memandangkan esok aku perlu bangun awal.Maka tak jadi la meronda lebih lama lagi..

salam

post signature

Selanjutnya...

Menuju Destinasi

Pagi Ahad 22/11/09 yang lepas aku bersama dengan beberapa kawan-kawan yang lain telah bertolak ke KL dan di beri peluang untuk melihat secara langsung persidangan parlimen di jalankan.Pada pagi tersebut air di kawasan aku telah pun surut sepenuhnya,jadi tidaklah risau kalau aku pergi ke KL sekali pun.Pada pagi itu aku dengan rombongan yang lain telah berkumpul di hadapan pejabat SUK dan akan menaiki bas menuju ke Kuala Lumpur.Sudah lama aku tidak menjejak kaki aku di Kuala Lumpur.Mesti banyak perubahan yang telah berlaku di sana.Kami bertolak dari Perlis ke KL pada jam 8.45 pagi dengan menaiki bas yang telah di sewa khas untuk rombongan kami ke parlimen.Di dalam bas tersebut boleh dikatakan Satu Malaysia,berbagai kaum dan pelbagai umur.


Canggih jugak bas kami naik ni.Monitor Tv Flat Screen tu.Ataupun memang dah lama aku tak pernah naik bas.hehehe


Bila dah naik bas dengan perlbagai umur ni,yang berumur ni kira nak behenti kerjanya.Ada yang nak terkencing la,itu la,ini la.Apa pun kena hormati mereka ini kerana mereka ini adalah orang tua -tua.Kami behenti di gurun untuk sarapan pagi.Aku memang dah agak,di gurun hari ini mesti ramai orang.Ini di sebabkan sekarang musim cuti sekolah.


Ramai orang di hentian Gurun.Aku baru saja balik minggu lepas.Sunyi.Bila time cuti sekolah,sesak jadi nya.


Selepas semua selesai sarapan pagi,kami semua bertolak semula.Bila perut dah kenyang,kena aircond pulak,mula la mata ni semakin lama,semakin layu.Aku terus terlelap,beberapa kali bas behenti pun aku tidak turun,aku hanya tido sahaja di dalam bas.Aku terjaga setelah tiba di KL.Begitu lama aku tidak menjejaki kaki aku di KL,banyak perubahan yang telah berlaku di KL.Kalau aku datang naik kereta ni,mau sesat aku dibuat nya.Kami semua telah di bawak ke hotel lotus di hadapan maju jucntion tak silap aku.AKu mendapat bilik bernombor 509.Tingkat 5 berhadapan dengan pertama komplek dan sogo.Cuci mata la aku hari tu.Tengok gelagat orang kuala lumpur.hehehe



dah puas aku melihat gelagat orang,asap kenderaan dan bangunan..


aku sambung semula tido...




Sekarang pun aku nak tido!! jam dah pukul hampir 3.00 pagi.Esok aku nak keja.Esok aku sambung cerita tentang parlimen...


salam


post signature




Selanjutnya...

 
Home | Bisness | MP3 | Radio| Log Out |

Copyright © 2009 Kehidupan |Designed by Templatemo And Biasa