Kembali

Rasa lama sungguh aku tak update blog aku ni.Apa yang aku buat pun aku tak pasti.Hendak cakap aku terlalu sibuk,tidaklah sangat.Tapi mungkin tangan ini malas untuk menaip atau pun untuk mengarang sesuatu.Kali terakhir aku update blog pada 17/01/2010.Hari ini dah 31/01/2010,boleh di katakan akan lama jugak.Pada bulan ini,aku jugak terlibat dengan beberapa program belia setia kawan tempat aku.Kami mengajurkan pertandingan street soccer tiga sebelah.Penyertaan mendapat sambutan yang di luar jangkan.Pada bulan ini jugak,aku menerima satu berita atau satu perkara yang tidak berapa senang di hati aku.Ia melibatkan aku dengan keluarga aku.Tension aku memikirkan nya.Tidak tahu mana hendak aku tuju.Sampai ke pejabat MB pun aku dah tuju.Tapi masih lagi tiada jalan penyelesaian.Aku jugak tertarik dengan kata kata pemimpin-pemimpin di atas. RAKYAT DI DAHULUKAN,PENCAPAIAN DI UTAMAKAN.
Kalu aku kata nanti,silap-silap aku jadi seperti AT pulak.hehehhe
APa pun,aku berdoa agar masalah aku ini cepat selesai....


salam..


post signature






Selanjutnya...

Kenapa Ni orangkampung

Kenapa tiba-tiba aku rasa masuk saja tahun 2010 ni,aku dah malas nak menulis blog ni.Aku pun tidak paham dengan diri aku ini.Hendak cakap tiada aktiviti pada tahun ini.Berjalan seperti biasa jugak.Adakah ini kerana blog telah ketinggalan zaman.Setahu aku la,pada suatu ketika dahulu.memula sekali yang famous di Malaysia ini iaitu chitchat dengan menggunkan MIRC.Perghhh time tu kalau chitchat,tak silap aku sejam rm7.00.Manusia pada zaman tu punya la gila chitchat,sampai makan,tido pun depan Pc.Selepas itu,ke zaman ICQ.Tak ramai yang tahu sangat pasal ICQ ni.Hanya beberapa orang saja.Tapi bila datang ke Yahoo Massanger,jangan cakap la....,famous macam MIRC.Ini kerana Yahoo Masangger boleh chitchat dengan menggunkan Webcam.Hebat tu... leh tengok orang yang jauh di sana.Selepas itu datang la zaman blog ini.Blog ini ada kebaikan dan keburukan.Ada yang buat perniagaan melalui blog,dan ada jugak yang menulis pasal politik.hehehe.Biasa la.. nak bersuara di luar,tak terdaya,Bersuara di dalam blog jer la.Tapi sekarang blog pun aku rasa dah ketinggalan zaman.Sekarang ramai yang bermain Facebook.Memang top gila Facebook ini.Silap-silap leh jumpa kawan-kawan lama masa darjah satu dulu.Apa pun semua benda yang aku sebut tu,semua nya memang membuang masa kita semua.Sanggup mengadap sampai 2 atau 3 jam.Tak buang masa ka itu semua.Sama la macam aku yang dok menaip ni.Kena atas hidung aku sendiri.Selepas ini kita tunggu pulak,apa yang terbaru pulak yang akan di cipta.Macam handphone tu,tak minat hp ni tukar hp baru.hahahahahahhahha


salam


post signature





Selanjutnya...

Perhimpunan Membantah Perggunaan Kalimah ALLAH Oleh Bukan Islam

Pagi jumaat, aku mendapat sms dari seorang sahabat.SMS beliau begini "SALAM,sila ambik perhatiaan ,1 perhimpunan secara besar-besaran membantah penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam akan di adakan pada hari Jumaat di Masjid Alwi Kangar Perlis,Jam 2.30 ptg.Sama-samalah kita berhimpun untuk mempertahankan nya".Selepas saja solat Jumaat,aku pun turut serta bersama berhimpunan bersama -sama yang lain.Ramai yang hadir hari itu,persatuan NGO pun turut terlibat jugak.Pihak polis pun ramai yang berada di situ,mungkin polis ni menjaga atau mengawal keadaan di situ.Apa yang pasti nya muka aku dengan kawan-kawan aku,memang telah di ambil oleh kamera rakaman SB Polis.Peduli apa aku,aku berjuang apa yang benar.Aku bersama dengan sahabat-sahabat aku tidak takut.Berani kerana Benar!!!Ini bukan politik,bukan individu tetapi kerana agama!!











salam..


post signature




Selanjutnya...

Hari Pertama Persekolahan!!!

Hari ini ialah hari pertama persekolahan bagi semua budak budak yang bersekolah bagi negeri yang bercuti pada hari Ahad.Aku dapat lihat begitu ramai ibubapa pergi ke sekolah anak masing-masing.Maklumlah di hari pertama persekolah,tentu bermasalah bagi kanak-kanak yang baru menjejak pertama kalinya kakinya di alam persekolah.Kerenah kanak-kanak yang darjah satu,bermacam-macam ragam.Ada yang tidak membenarkan ibubapanya balik,ada yang tidak mahu masuk ke klass dan ada yang menanggis tak behenti.Kesian aku melihat cikgu kelas yang memujuk kanak-kanak yang buat perangi.Tahap kesabaran cikgu kelas darjah satu,memang tahap kesabaran yang di anggarkan sampai ke tahap kesabaran cipan..hehehehe.Kalau aku dah lama dah amuk atau lari begitu saja.Di hari pertama memanglah selalu begini,tapi bila mereka semua mula berkawan,maka bermula la cerita episode terbaru.Buas bukan nak di kata,main sampai tak ingat dunia.Baju pun pakai sehari saja,tak sempat nak pakai untuk hari kedua.Habis kotor.... hahahahahahahha.Seronok betul di alam persekolahan...


salamz

post signature





Selanjutnya...

Kepulangan Emak Tersayang

Pada 30/12/09 adalah hari yang di tunggu-tunggu oleh aku.Kepulangan emak tersayang dari menunaikan haji pada 30/12/09 jam 2.45 pm di Lapangan Terbang Bayan Lepas Penang.AKu tiba di di lapangan terbang Bayan Lepas 2.40 pm.Orang begitulah ramai,semua nya menanti kepulangan saudara,ibubapa masing-masing.Lebih kurang selepas 30 minit,baru la semua jemaah haji berjalan keluar dari tempat ketibaan.Aku menanti kepulangan emak yang tersayang.Aku perhati dan terus perhati,tiba-tiba aku melihat emak keluar dari pintu ketibaan,wajah nya begitu bersih dan berseri.Aku memanggil Emak dengan sekuat hati.Emak memandang dan membalas senyuman kepada aku.Aku terus berlari pergi kepada emak, dan aku terus memeluk tubuh emak dengan sekuat-kuatnya.Pelan-lahan air mata aku mengalir keluar.Aku bersyukur kepada Ilahi kerana emak aku selamat pulang ke tanahair dan berjaya menunaikan haji di sana.













salam


post signature





Selanjutnya...

 
Home | Bisness | MP3 | Radio| Log Out |

Copyright © 2009 Kehidupan |Designed by Templatemo And Biasa