Banner

Hari ini aku terpaksa keluar pergi merata-rata tempat.Banyak kerja yang perlu di selesaikan.Dalam perjalanan aku menuju ke suatu tempat, terdapat satu roundabout utama di Kangar yang berhampiran dengan Hotel Putra Place.Aku ternampak 4 banner yang megah,hebat terpacak di tengah tengah roundabout itu.Di banner itu terdapat ucapan daripada MB Perlis iaitu Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Hari Deepavali.Aku jugak membahayakan diri ku yang sambil membawa kereta menangkap gambar banner tersebut.Apa yang menghairan kan aku,adakah mereka ini tidak peka kerana Raya Adilfitri dan Deepavali sudah pun lepas.Jangan katakan Ailfitri dan Deepavali,Hari Raya Qurban pun sudah lepas.Mengapa banner tersebut masih lagi kelihatan di tengah roundabout.Tahun baru hampir tiba,alangkah bagusnya jikalau banner tersebut di tukarkan dengan ucapan selamat tahun baru.Bukan niat aku nak pertikaikan ini semua.Tetapi roundabout itu adalah roundabout utama di dalam pekan Kangar.Seharusnya mereka semua haruslah prihatin dengan banner -banner tersebut....


Selamat Hari Deepavali.
Selamat Hari Raya Aidilfitri

salam....



post signature

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Home | Bisness | MP3 | Radio| Log Out |

Copyright © 2009 Kehidupan |Designed by Templatemo And Biasa