Dugaan betul

Kenapa hati aku tidak seperti biasa.Rasa berat saja hati ni nak meninggalkan Perlis untuk menuju ke Perak.Aku bawak kereta hari ni pun tidak seperti biasa.Pelahan sangat.Sampai saja di sempadan Kedah dan Perlis tidak aku duga terdapat sekatan jalan yang di lakukan oleh JPJ.Kereta aku baru saja di tinted gelap.Kompom punya tak lepas,mau kena saman aku di buatnya.Aku terus membuat u-turn.Jalan yang tidak pernah aku lalui,aku redah kali ni.Jalan Kuala Sanglang.Tak pernah lagi seumur hidup aku melalui jalan tersebut.Tak kira la,janji aku lepas dari sekatan JPJ.Memang aku berjaya lepas pun.huhuhu.... :) Aku memandu kereta aku menaiki lebuhraya.Hati aku masih lagi tidak seperti biasa,aku berbisik dalam hati aku,bala apa la pulak lepas ni yang datang ni.Jarang sekali aku memandu kereta 100km sejam di lebuhraya.Pelan sungguh aku rasa.Tiba-tiba ada kereta di hadapan memberi tanda lampu amaran.Ah,sudah aku bercakap seorg diri di dalam kereta.Ada sekatan jalan pulak.Kali ni aku tidak dapat lari kemana.Mahu tidak mahu terpaksa menuju ke sekatan jalan tersebut.Polis trafik menahan kereta di hadapan aku.Rupanya kereta tersebut telah di tembak speed trak.Sampai saja aku di hadapan polis trafik tersebut.JALAN.JALAN.... fush.. selamat aku.Akhirnya aku sampai jugak ke PERAK!!.. selamat ...

p/s: sewaktu aku di Perak,aku dapat panggilan yang menyatakan KG aku terbakar...


salam...

post signature



Selanjutnya...

Kawan punya pasal

Kelmarin aku mendapat panggilan telefon dari seorang sahabat aku.Beliau memberitahu aku bahawa pada petang ini akan di adakan perlawanan persahabatan bola sepak di antara team aku bertemu menentang MPK.Aku memaklumkan kepada beliau,sudah lama kaki aku ini tidak menyepak bola.Perut pun dah semakin naik.Beliau tidak peduli semua alasan BODOH yang telah di berikan oleh aku.Apa pun esok petang beliau mahu aku beraksi bersama beliau di padang bandaran Kangar.
Semalam aku mencari mana kasut bola adidas aku.Di mana aku simpan pun,aku dah lupa.Memang ternyata sudah lama aku tidak bermain bola.Rupa-rupanya kasut bola aku berada di dalam bonet belakang kereta aku.Kasut bola yang tidak di basuh,bersama dengan stocking masa bila aku pakai dulu pun aku tak pasti.muahahahha.. patut kereta aku bau harum semerbak.. lawak ja!
Apa pun aku masih lagi tengah memikir apa nasib aku nanti di atas padang bola pada petang ni?Pengsan?Rebah?Penat? duh... belum main lagi ni.Aku dah dapat rasakan semua itu.Belum tengok padang bola lagi... adehhh..



salamz

post signature






Selanjutnya...

Blog Aku Ibarat?

Kalau lah blog aku ini di ibarat kan seperti kasut,dah tentu katak akan berada di dalam nya.Kalau lah blog aku ini di ibaratkan seperti Rumah,tentu dah di duduki oleh hantu dan di makan anai anai kayu nya.Kalau blog aku ini di ibarat kan seperti baju,tentu dah berlambak tahi cicak dan tahi lipas.Kalaulah blog aku ini di ibaratkan seperti keta,tentulah dah kondem bateri nya.Kalaulah blog aku ini di ibaratkan seperti gigi,tentu dah reput dah berlubang.Kalaulah blog aku ini di ibaratkan seperti syiling,tentu dah bersawang.Berapa punya banyak ibaratlah?Itu adalah kenyataan yang telah terjadi di blog Kehidupan ini.Telah begitu lama tidak di update.Bukan kerana aku ketandusan idea untuk menulis atau dalam kehidupan sehari aku tidak mempunyai apa apa aktiviti.Yang betulnya adalah di sebabkan MALAS.Paling senang orang utara cakap SEGAN.Bila dah timbul urat segan tu,apa pun tak guna dah.Paling kelakarnya dan paling dasyat nya,aku boleh terlupa paswood untuk login ke blog kehidupan ini.HAMPEH!!! tiga empat kali aku kena letak paswood.Baru lah dapat aku masuk.Kalau ATM kad ni,mau kena di telan oleh mesin ATM ni.Nasib baik lah blogspot tak KICK BANNED out aku.Apa pun aku telah kembali untuk kali kedua.. nya.. huhuhuhuu.... banyak kehidupan yang ingin aku luahkan di sini......

salam


post signature





Selanjutnya...

 
Home | Bisness | MP3 | Radio| Log Out |

Copyright © 2009 Kehidupan |Designed by Templatemo And Biasa