Blog Aku Ibarat?

Kalau lah blog aku ini di ibarat kan seperti kasut,dah tentu katak akan berada di dalam nya.Kalau lah blog aku ini di ibaratkan seperti Rumah,tentu dah di duduki oleh hantu dan di makan anai anai kayu nya.Kalau blog aku ini di ibarat kan seperti baju,tentu dah berlambak tahi cicak dan tahi lipas.Kalaulah blog aku ini di ibaratkan seperti keta,tentulah dah kondem bateri nya.Kalaulah blog aku ini di ibaratkan seperti gigi,tentu dah reput dah berlubang.Kalaulah blog aku ini di ibaratkan seperti syiling,tentu dah bersawang.Berapa punya banyak ibaratlah?Itu adalah kenyataan yang telah terjadi di blog Kehidupan ini.Telah begitu lama tidak di update.Bukan kerana aku ketandusan idea untuk menulis atau dalam kehidupan sehari aku tidak mempunyai apa apa aktiviti.Yang betulnya adalah di sebabkan MALAS.Paling senang orang utara cakap SEGAN.Bila dah timbul urat segan tu,apa pun tak guna dah.Paling kelakarnya dan paling dasyat nya,aku boleh terlupa paswood untuk login ke blog kehidupan ini.HAMPEH!!! tiga empat kali aku kena letak paswood.Baru lah dapat aku masuk.Kalau ATM kad ni,mau kena di telan oleh mesin ATM ni.Nasib baik lah blogspot tak KICK BANNED out aku.Apa pun aku telah kembali untuk kali kedua.. nya.. huhuhuhuu.... banyak kehidupan yang ingin aku luahkan di sini......

salam


post signature





0 ulasan:

Catat Komen

 
Home | Bisness | MP3 | Radio| Log Out |

Copyright © 2009 Kehidupan |Designed by Templatemo And Biasa