Kawan punya pasal

Kelmarin aku mendapat panggilan telefon dari seorang sahabat aku.Beliau memberitahu aku bahawa pada petang ini akan di adakan perlawanan persahabatan bola sepak di antara team aku bertemu menentang MPK.Aku memaklumkan kepada beliau,sudah lama kaki aku ini tidak menyepak bola.Perut pun dah semakin naik.Beliau tidak peduli semua alasan BODOH yang telah di berikan oleh aku.Apa pun esok petang beliau mahu aku beraksi bersama beliau di padang bandaran Kangar.
Semalam aku mencari mana kasut bola adidas aku.Di mana aku simpan pun,aku dah lupa.Memang ternyata sudah lama aku tidak bermain bola.Rupa-rupanya kasut bola aku berada di dalam bonet belakang kereta aku.Kasut bola yang tidak di basuh,bersama dengan stocking masa bila aku pakai dulu pun aku tak pasti.muahahahha.. patut kereta aku bau harum semerbak.. lawak ja!
Apa pun aku masih lagi tengah memikir apa nasib aku nanti di atas padang bola pada petang ni?Pengsan?Rebah?Penat? duh... belum main lagi ni.Aku dah dapat rasakan semua itu.Belum tengok padang bola lagi... adehhh..



salamz

post signature






0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Home | Bisness | MP3 | Radio| Log Out |

Copyright © 2009 Kehidupan |Designed by Templatemo And Biasa