Karnival Memancing Tradisional

Syukur alhamdulillah,Karnival Memacing Tradisional telah berjalan dengan lancar nya.Seramai 48 orang telah menyertai pertanding memancing tradisional pada hari ini.Kami jugak telah membuat acara sampingan seperti cabutan bertuah untuk perserta mengikut no perdaftaran,siapa dapat ikan paling banyak jumlahnya,siapa dapat ikan dahulu dalam masa 3 minit,siapa yang menggunakan pancing atau jorang yang menggunakan buluh dan teka berapa jumlah cokalat berbayar.Hasil dari kutipan teka jumlah cokalat yang berbayar akan di sumbangkan kepada anak-anak yatim yang berada di tempat aku.Aku jugak ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Y.A.B Datuk Seri Dr Md Isa Sabu ( MB Perlis),saudara Mohsin (KP Negeri Perlis), saudara Ariff(Pemangku KP Bhg Kangar),Dato Tajuddin(Penyelaras Umno Bhg Kangar),saudara Nazuwan(Penyelaras Pemuda Umno Bhg Kangar),ajk Umno Bhg Kangar,ajk Pemuda Umno Bhg Kangar kerana sanggup melapangkan masa dan hadir untuk bersama dengan kami bagi memeriahkan program Karnival Memancing yang di anjur kan oleh Belia Setia Kawan,JKK dan Pemuda Umno cawangan aku.Aku jugak ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah terlibat atau tidak terlibat bagi menjayakan program karnival memancing tersebut.Insyaallah acara karnival memancing tradisional ini akan menjadi acara setiap tahun...
Pendaftaran bermula jam 8.00 pagi
Para petugas sedang bersiap sedia untuk mengambil tempat masing-masing
Cuaca yang baik untuk memancing.hehehe
Dj Boy dan Dj E , memeriahkan lagi suasana
aku bersama salah seorang ajk pengadil
Hadiah - Hadiah yang di pamerkan.Biar dia orang seronok tgk hadiah hehehe
Para peserta di berikan kebebasan untuk memancing di masa sahaja asalkan jangan melepasi tempat yang telah di tanda.
Hari semakin panas,para peserta tetap memancing dengan penuh khusyuknya.hehehe hadiah punya pasal dan seronok punya pasal.
Salah seorang ajk pengadil menolong warga emas membuang mata kail di mulut ikan.
Ketibaan Y.A.B Menteri Besar Perlis, Y.A.B Datuk Seri Dr Md Isa di Sabu di sambut oleh JKK
walaupun panas terik,Y.A.B berjalan melihat setiap peserta yang bertandin pada hari itu.CaiyoKK laa MB!!! jiwa kampung... :)
Y.A.B memberi ucapan
Berbaju kuning,barisan ajk pemuda umno bhg Kangar
terima kasih kepada pihak media dari Harian Metro dan Sinar yang sudi hadir


penyampaian hadiah kepada pemenang

Belia - belia muda yang terlibat
Pemuda - pemuda yang terlibat


terima kasih buat belia setia kawan dan pemuda kerana percaya dan memberi sokongan kepada aku,aziz dan boy..


salam


post signature







Selanjutnya...

Mesyuarat dan persiapan terakhir untuk Karnival

Petang ini aku bertolak balik ke Perlis.Pada malam ini aku terpaksa menghadiri mesyuarat untuk karnival memancing tradisonal yang akan di pada esok hari.Aku sampai di Perlis jam 9.30 mlm,aku terus pergi mesyuarat yang di adakan di dewan tempat aku.Semua persiapan untuk karnival pada hari esok telah di buat,lantikan urusetia dan pegawai di tambahkan lagi.Pada malam ini jugak aku memastikan bahawa setiap kerja telah di agihkan mengikut ajk-ajak yang telah di lantik.Setelah selesai mesyuarat,aku terus menuju ke tempat karnival yang akan di adakan esok hari.Persiapan tempat dan pa sistem telah siap di pasang.Aku memberitahu mereka semua ,bahawa esok 7.30 pagi kita semua perlu berada di tempat karnival ini.Pada malam ini jugak aku tidak dapat tidur nyenyak.Ini kerana aku tidak pasti lagi berapa banyak penyertaan dari orang ramai.Aku harap esok program ini akan dapat banyak penyertaan dan sambutan dari orang ramai.


barisan pemuda dan belia yang hadir mesyuarat

puteri terlibat di bahagian pendaftaran

Persiapan untuk kesokan harinya



salam,,


post signature




Selanjutnya...

Pagi di Pulau Banding

Pagi ini aku pergi ke Pulau Banding.Hari ini aku akan meronda di tasik banding dengan manaiki bot.Sampai saja di Pulau Banding,aku melihat begitu ramai pelancong dari dalam negara dan luar negara berada di jeti Tasik Pulau Banding tersebut.Ramai yang beratur dan menunggu bot untuk meronda di kawasan tasik banding tersebut.Untuk pengetahun,Pulau Banding sekarang di miliki oleh EMKAY LANDS.Terdapat jugak resort - resort di sana.Pemandangan di tasik Pulau Banding sangat lah cantik dan tenang.Memang sesuai untuk kita pergi merehat kan otak dan minda kita ini.










salam


post signature







Selanjutnya...

Keletihan otak & badan

Hari ini aku terpaksa habiskan kerja awal,maklumlah esok cuti meyambut Hari Krismas.Kerja aku punya laaa belambak hari ini.Tension aku di buat nya.Tag nama urusetia dan pamplet untuk program memancing pada 27/12/09 harus aku siapkan hari ini jugak.Serabut otak aku di buat nya hendak mencipta design dan apa yang patut aku tulis di dalam pamplet pertandigan tersebut.Hari ini jugak aku buat kerja sampai tak ingat nak makan tengahari.Punya la sibuk,kerja di tempat keja, di tambah lagi dengan kerja program memancing.Jam 5.40ptg semua kerja aku telah siap,pamplet dan tag nama urusetia pun aku dah design.Aku terus hantar ke kedai cetak untuk di cetak.Azizi menelefon aku dan mengajak aku pergi jumpa dengan penyelaras pemuda umno indera kayangan.Aku di maklumkan yang kami akan menerima sumbang berupa hampers sebanyak 5 hampers.Bertambah lagi la hadiah untuk program pada 27/12 ni.Kemudian aku menerima panggilan dari Pengerusi KRT di tempat aku.Beliau ingin berjumpa dengan aku dan membincangkan berkenaan program memancing yang akan di adakan pada 27/12 ni.Lebih kurang sejam jugak aku berborak dengan belia.Setelah semuanya selesai,aku bertolak ke Perak.Aku tiba di Perak jam 12.30mlm.Letih aku dibuat nya...

salam..


post signature







Selanjutnya...

Mesyuarat program Karnival Memancing Tradisional

Aku baru saja habis mempengerusikan mesyuarat program karnival memancing tradisional yang akan di adakan di tempat aku pada 27/12 ini.Seramai 20 orang yang hadir mesyuarat pada malam ini.Mesyuarat pada malam ini,perlantikan dan pembahagian kerja di lakukan bagi memudahkan kerja semasa program tersebut.Syukur mesyuarat pada malam ini berjalan dengan lancar.Kami jugak telah berjaya mengumpul hadiah lebih dari kami mahukan.Oleh itu kami telah mewujudkan acara sampingan iaitu cabutan bertuah bagi peserta,teka jumlah coklat di dalam balang dan siapa yang dapat ikan paling banyak.Hadiah bagi tempat pertama hingga tempat ketiga jugak di tambah dengan hampers.Aku harap dengan lantikan dan pembahagian kerja pada malam ini,program pada 27/12 nanti akan berjalan dengan lancar nya.Apa pun tunggu mesyuarat yang terakhir pada 26/12/09 ini...


salam...

post signature







Selanjutnya...

Selamat Tinggal Lumut

Hari ialah hari terakhir kami berada di Lumut.Selamat tinggal Lumut!!! Rasa rindu pulak dekat rumah.Aku ingatkan kami semua akan terus bertolak balik Perlis.Rupa-rupanya farid perlu jumpa seorang client di Ipoh.Jadi kami semua pun berpecah,geng konvoi terus balik menuju ke Perlis,aku bersama aziz,tajol dan farid terus menuju ke Ipoh.Client farid menelefon farid,dia memberitahu yang beliau menunggu farid di cafe station 1 dekat dengan Jusco.Seperti biasa la,farid tidak suka kami menunggu nya.Aku bersama dengan tajol dan aziz terus pergi ke Jusco.Jalan-jalan cuci mata.Banyak gila sale hari ini.Maklumlah la dekat dengan tahun baru dan hujung tahun.

Bertolak ke Ipoh....

Ingat nak tengok wayang di Jusco,sambil tunggu farid.Sekali tiket habis daa...hehe


Di sebabkan tidak dapat menonton wayang,aku,azizi dan tajol menunggu farid di KFC saja.Orang punya la ramai nak makan KFC hari tu.Setelah selesai makan,farid pun sampai.Kami berborak di Kfc tu lama la jugak.Tiba-tiba farid bagi cadangan dan ajak kami semua pergi ke sunway karnival pulak.Farid cakap dia nak beli sesuatu di sana.Pergh,bayangkan lah dari Giant lumut,ke Jusco Ipoh dan sekarang ke sunway karnival.Program shopping ni...hehehehe

Penang.,!!! here we come.!!! hhhehehe



meriah gila di sunway karnival mall.... macam dah sambut krismas ..


Taktik nak mencuri hadiah,tetapi kantoi dengan pengawal.Lari lari ...hahahaha


Sebelum bertolak balik ke Perlis.Kami semua makan laksa dan nasik bryani di Sunway Karnival mall.


Aku tiba di Perlis jam 11.30 malam.Aduh!! esok kenaa keja... isk isk


salam,..



post signature




Selanjutnya...

 
Home | Bisness | MP3 | Radio| Log Out |

Copyright © 2009 Kehidupan |Designed by Templatemo And Biasa