Penat + betis kering bengkak

Petang tadi aku menerima panggilan dari seorang kawan yang mengajak aku bermain bola sepak pada petang ini di padang Jabatan Kastam Perlis.Pada mulanya aku rasa amat malas sangat nak bermain.Maklumlah dah lama aku tidak bermain bola sepak.Silap-silap sepak bola pun tak mengena nanti.Dah 3 kali termasuk hari ini kawan aku ajak.Sebelum ni aku bagi bermacam-macam alasan untuk aku elak tidak pergi bermain ,memandangkan ini kali yang ke 3 aku di ajak oleh nya.Aku pun dah rasa serba salah di buatnya..Aku ingat aku nak bermain untuk separuh masa pertama atau kedua saja.Maklumlah lama sudah aku tak bermain bola,mesti aku pancit punya atas padang nanti.Aku tengok kasut aku pun dah bersawang,lama benar aku rasa aku tidak bermain bola.hehehe.Petang itu kami berlawan dengan kumpulan yang usia mereka boleh di katakan muda-muda semuanya.Penat aku di buat nya.Pada mulanya memang aku dah rancang hendak bermain separuh masa saja.Tapi dengan desakan kawan aku.Penuh masa aku bermain.Kami menang tipis saja ,4 goal berbalas 3.Hadiah yang aku dapat pada petang itu,merupakan calar di paha dan bengkak di betis kering aku.Aduhh....waktu bermain memang la tidak rasa apa pun.Tetapi selepas saja habis bermain...nyut nyut aku rasa.. di betis kering aku . hahaha padan muka aku.


salam..


post signature

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Home | Bisness | MP3 | Radio| Log Out |

Copyright © 2009 Kehidupan |Designed by Templatemo And Biasa