Karnival Memancing Tradisional

Syukur alhamdulillah,Karnival Memacing Tradisional telah berjalan dengan lancar nya.Seramai 48 orang telah menyertai pertanding memancing tradisional pada hari ini.Kami jugak telah membuat acara sampingan seperti cabutan bertuah untuk perserta mengikut no perdaftaran,siapa dapat ikan paling banyak jumlahnya,siapa dapat ikan dahulu dalam masa 3 minit,siapa yang menggunakan pancing atau jorang yang menggunakan buluh dan teka berapa jumlah cokalat berbayar.Hasil dari kutipan teka jumlah cokalat yang berbayar akan di sumbangkan kepada anak-anak yatim yang berada di tempat aku.Aku jugak ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Y.A.B Datuk Seri Dr Md Isa Sabu ( MB Perlis),saudara Mohsin (KP Negeri Perlis), saudara Ariff(Pemangku KP Bhg Kangar),Dato Tajuddin(Penyelaras Umno Bhg Kangar),saudara Nazuwan(Penyelaras Pemuda Umno Bhg Kangar),ajk Umno Bhg Kangar,ajk Pemuda Umno Bhg Kangar kerana sanggup melapangkan masa dan hadir untuk bersama dengan kami bagi memeriahkan program Karnival Memancing yang di anjur kan oleh Belia Setia Kawan,JKK dan Pemuda Umno cawangan aku.Aku jugak ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah terlibat atau tidak terlibat bagi menjayakan program karnival memancing tersebut.Insyaallah acara karnival memancing tradisional ini akan menjadi acara setiap tahun...
Pendaftaran bermula jam 8.00 pagi
Para petugas sedang bersiap sedia untuk mengambil tempat masing-masing
Cuaca yang baik untuk memancing.hehehe
Dj Boy dan Dj E , memeriahkan lagi suasana
aku bersama salah seorang ajk pengadil
Hadiah - Hadiah yang di pamerkan.Biar dia orang seronok tgk hadiah hehehe
Para peserta di berikan kebebasan untuk memancing di masa sahaja asalkan jangan melepasi tempat yang telah di tanda.
Hari semakin panas,para peserta tetap memancing dengan penuh khusyuknya.hehehe hadiah punya pasal dan seronok punya pasal.
Salah seorang ajk pengadil menolong warga emas membuang mata kail di mulut ikan.
Ketibaan Y.A.B Menteri Besar Perlis, Y.A.B Datuk Seri Dr Md Isa di Sabu di sambut oleh JKK
walaupun panas terik,Y.A.B berjalan melihat setiap peserta yang bertandin pada hari itu.CaiyoKK laa MB!!! jiwa kampung... :)
Y.A.B memberi ucapan
Berbaju kuning,barisan ajk pemuda umno bhg Kangar
terima kasih kepada pihak media dari Harian Metro dan Sinar yang sudi hadir


penyampaian hadiah kepada pemenang

Belia - belia muda yang terlibat
Pemuda - pemuda yang terlibat


terima kasih buat belia setia kawan dan pemuda kerana percaya dan memberi sokongan kepada aku,aziz dan boy..


salam


post signature







0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Home | Bisness | MP3 | Radio| Log Out |

Copyright © 2009 Kehidupan |Designed by Templatemo And Biasa