Kes Berkhatan Pulak

Sekarang ni musim cuti sekolah,banyak lah kenduri di adakan pada bulan ni.Salah satu nya kenduri berkhatan.Nak jadi cerita hari ni,bertemu dengan seorang pakcik ni.Dia tinggal satu tempat dengan aku.Dia tanya aku tentang anak dia nak bersunat.Aku di maklumkan yang pakcik ini telah mengisi satu borang iaitu borang bersunat ramai - ramai yang akan di adakan di Dewan warisan pada 12 - 14 /12/09 ni.Beliau memberitahu aku,yang beliau telah menjemput orang ramai hadir makan kenduri di rumah pada 12/12 ni.Masalahnya sekarang,borang yang telah di hantar 3 hari sudah, belum lagi beliau terima jawapannya.Beliau memberi tahu aku beliau memberi borang itu kepada sahabat aku iaitu aziz.Aku terus menelefon aziz,dah aziz telah memberitahu aku yang borang tersebut telah di serahkan kepada Dato Tajuddin.Aku menghubungi Dato dan bertanya tentang borang tersebut.Aku di maklumkan borang tersebut telah di serahkan kepada SUK (kerajaan Negeri).Ini kerana program tersebut di bawah kerajaan negeri.Aku jugak di maklumkan yang program tersebut melibatkan seluruh Negeri Perlis.Tarikh hari anak pakcik tadi berkhatan akan di tetapkan oleh mereka.Mereka akan menghubungi pakcik itu melalui maklumat yang telah di perolehi dari borang yang telah di isi nya.Maknanya tarikh belum lagi di pastikan.Sama ada anak beliau akan berkhatan pada 12,13 atau 14/12 ni.Yang masalahnya,si pakcik ni telah menjemput semua orang hadir makan kenduri berkhatan di rumahnya pada 12/12/09 ni.Macamlah pakcik ni tahu anak dia nak berkhatan pada 12/12 ni.Kalau berkhatan 13 atau 14 ni,maka orang akan makan kenduri dulu baru lah anak dia berkhatan.Mahu atau tidak tunggu saja la sehari dua ni tarikh akan di maklumkan.Tunggu lihatlah apa yang terjadi....

salam..

post signature




0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Home | Bisness | MP3 | Radio| Log Out |

Copyright © 2009 Kehidupan |Designed by Templatemo And Biasa