Dalam Perjalanan ke Lumut Perak

Jam menunjukan 10.15 minit pagi.Kami behenti di Juru,Penang.Terasa ingin makan MD pulak.hehe




Setelah selesai menjamu selera di MD, kami semua meneruskan perjalanan semula.Hari ini ada lah hari jumaat.Jam di tangan menunjukan 11.15 pagi.Kami semua merancang akan menunaikan solat jumaat di Perak nanti.Tiba di satu masjid di Perak,nama tempatnya aku sudah lupa.Tapi pengalaman di situ tidak akan aku lupakan.Masjid yang kami singgah untuk bersolat pada hari itu adalah masjid kepunyaan orang Pas.Dan yang paling menariknya aku bersama aziz memakai baju yang mempunyai logo Umno.Bagi aku masjid bukan hanya untuk orang pas atau orang umno.Masjid adalah untuk orang beragama islam menunaikan solat.Khutbah Jumaat hari itu,terdapat usul-usul politik,kena atas batang hidup aku satu persatu.hehehe.....



Setelah selesai menunaikan solat.Kami semua meneruskan perjalanan.Kami tiba di lumut pada jam 4.30 ptg.Kami tiba dahulu kemudian barulah kumpulan konvoi ekspedisi tiba pada jam 5.30 ptg.Kami bermalam di hotel Lumut Orchand In.




Setelah selesai mendaftar masuk dan tempahan untuk ahli-ahli konvoi.Kami terpaksa menghantar farid untuk berjumpa dengan client dia di satu tempat.Farid menyuruh aku,aziz dan tajol supaya tidak menunggu nya.Ini kerana client dia akan menghantar dia pulang nanti.Memandang tiada apa-apa aktiviti pada petang ini dan malam ini.Aku ,azizi bersama Tajol pergi menonton wayang cerita Storm Warriors.


Muka pun letih lagi.Apa yang menariknya,bukan kami yang menonton wayang,tetapi wayang yang menonton kami.Kami semua tertido,keletihan...hehheheeehe.


salam...




post signature





0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Home | Bisness | MP3 | Radio| Log Out |

Copyright © 2009 Kehidupan |Designed by Templatemo And Biasa