Berjogging Bersama DSSK

Petang tadi aku pergi berjogging di denai larian pengkalan asam..Aku berlari sejauh 2km .Penat sungguh aku merasakannya,ini mungkin di sebabkan stamina aku semakin berkurangan dan aku jugak sudah lama tidak berjogging.Sampai saja di rumah,aku lihat di handphone aku terdapat satu peasanan yang belum di baca.Pesanan itu menyatakan pada malam ini terdapat program berjogging dan bersantai di denai larian pengkalan asam pada jam 10 malam dan aku di jemput terlibat bersama dengan kawan-kawan aku.Pada malam itu,aku pergi bersama dengan 8 orang kawan-kawan aku untuk mengambil bahagian di dalam program tersebut.Kami tiba 9.55 malam.Aku melihat ramai jugak yang menyertai program berjogging dan bersantai pada malam itu.Program tersebut terpaksa di mulakan agak lewat,ini kerana DSSK terpaksa menghadiri satu mesyuarat tergempar.Kami semua di lepaskan berjogging pada jam 11.00 malam.Pada mulanya aku ingat kami semua terpaksa berjogging sejauh 4 km,rupa -rupa nya kami terpaksa berjogging sejauh 7 km.Penat usahlah di cakap,tetapi berjogging di waktu malam memang berbeza suasananya dan keadaannya .Aku jugak tidak menjangka yang aku akan dapat menghabiskan larian dengan tanpa berhenti sejuah 7km.Pada malam itu, pernyertaan seramai 46 orang dan aku menghabiskan larian di tangga ke 15.Selesai saja larian kami berkumpul dan menjamu selera yang telah di sediakan.Makanan yang di sediakan pada malam itu ialah Buah Durian dan KFC.Buat pertama kali nya aku makan durian dengan air 100 plus.Terasa seperti hendak muntah di buatnya.Seperti ada angin yang menolak keluar dari mulut aku.Apa pun,program tersebut berjalan dengan lancar dan paling penting,aku dapat mengeluarkan peluh dan dapat membakar lagi lemak lemak di badan aku ini.Terima kasih DSSK kerana mengadakan program yang menyihatkan badan di waktu malam.


p/s:DSSK = Dato Seri Shahidan Kassim











salam....

post signature

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Home | Bisness | MP3 | Radio| Log Out |

Copyright © 2009 Kehidupan |Designed by Templatemo And Biasa