Petang di Kedai Kopi Tiam

Petang kelmarin bosan aku di buatnya.Tiada apa aktiviti nak dilakukan.Pada mulanya hendak jugak aku pergi berjogging.Tapi rasa diri ini malas sangat.Mungkin dah lama aku tak bersenam,itu yang rasa malas sangat.Tiba-tiba aku dapat panggilan dari seorang sahabat iaitu Tajol.Tajol mengajak aku,aziz dan rashid minum petang bersama dengannya di Restoran Kopi Tiam Kangar.Minum sambil berborak kosong katanya.Aku pergi ke Restoran Kopi Tiam bersama dengan Azizi dan Rashid.10 minit kemudian Tajol pun sampai.Lama jugak kami berborak di situ.Macam mana aktiviti nak buat.Pada mulanya aku merancang untuk pergi menonton wayang.Cerita ninja dengan 2012,maklumlah rumah aku masih lagi berselerak.DVD player pun belum aku pasang lagi.Mana tahu nanti air banjir naik lagi sekali,Naya aku nak mengesmasnya .Kemudian Tajol merancang untuk pergi mandi kolam air panas di Lenggong,Kedah.Semua bersetuju untuk pergi bersama nanti.Program untuk mandi kolam air panas di Lenggong,Kedah mungkin di jadual pergi hari Jumaat ini.Itu pun kalau semua tak sibuk dengan kerja masing-masing.Lebih kurang 2 jam kami semua melepak,mengumpat,membuang masa di situ.Kami semua bersuarai bawa diri masing-masing.



salamz


post signature







0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Home | Bisness | MP3 | Radio| Log Out |

Copyright © 2009 Kehidupan |Designed by Templatemo And Biasa