Pemilihan Pemain Futsal

Petang tadi,belia-belia aku turun ke padang.Mereka semua berminat untuk bermain futsal di pertandingan futsal anjuran Belia Wawasan Anak Nelayan.Oleh kerana kami hanya di bernarkan menghantar satu pasukan,kami terpaksa membuat pemilihan.Maknanya hanya 7 orang saja yang akan pergi bermain di pertandingan tersebut.Yang hadir pada petang tu lebih kurang 25 orang.Tarikh pertandingan 18/12 nanti.Banyak lagi masa kami untuk membuat pemilihan.Setelah berbincang dengan semua ahli belia,mereka semua bersetuju untuk tidak terlibat dengan konvoi dan pertandingan toi akan di batalkan.Mereka semua lebih berminat untuk menyertai pertandingan futsal anjuran Belia Anak Wawasan Anak Nelayan.Aku juga di maklumkan terdapat 40 pasukan yang mengambil bahagian.Pertandingan futsal tersebut di buka kepada 2 kategori.Satu bawah 12 tahun dan satu lagi terbuka.Pada petang ini,boy telah menjadi jurulatih dan ujian stamina di jalankan.Ada yang pucat muka,ada yang nak termuntah.Lawak aku melihat gelagat belia-belia tempat aku.Apa pun aku ucapkan tahniah kepada mereka,kerana berminat dan bersungguh-sunguh untuk menyertai pertandingan tersebut...

salam..


post signature






0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Home | Bisness | MP3 | Radio| Log Out |

Copyright © 2009 Kehidupan |Designed by Templatemo And Biasa