Kawan Baru

Petang ini aku tiada aktiviti atau kerja hendak di buat,aku meronda sekeliling di kawasan tempat aku.Aku melihat kesan-kesan akibat banjir pada hari itu.Tiba-tiba aku melihat seorang kawan yang baru saja datang menyewa di tempat aku.Aku pergi menegurnya dan berborak.Kawan baru aku ni baru saja menyewa di sini sebulan yang lalu.Rumah nya jugak telah di masuki air pada hari itu.Panjang jugak aku berborak dengan dia.Dia memberitahu aku sekarang dia berkerja wellding di satu tempat.Beliau jugak menceritakan kepada aku pada suatu dahulu,beliau pernah menetap di Langkawi.Pada waktu itu kehidupan belia boleh di katakan mewah.Tapi sekarang semuanya telah tiada.Aku pun bertanya dengan lebih lanjut apa yang telah terjadi.Beliau menceritakan kepada aku,pada satu ketika dahulu,memula mula sewaktu beliau menetap di Langkawi,kerja pertama yang beliau lakukan ialah berkerja sebagai tukang cuci saja di salah sebuat hotel di Pantai Cenang.Dengan ketaatan dan kerajinan beliau berkerja disitu,pelahan-lahan beliau di naikan pangkat sampai ke tahap manager.Memang pada waktu itu hidup beliau amat la mewah.Beliau jugak ada membuat bisness bajet hotel di area pantai cenang.Di sebab terlalu percayakan kawan,akhirnya beliau telah di tipu.dan beliau telah mengalami kerugian yang teruk.Kawan-kawan yang waktu senang pada ketika itu,habis hilang entah kemana bila beliau susah.Akhirnya beliau terpaksa berpindah ke sini.Sedih jugak aku melihat kehidupan nya sekarang ini.Beliau mempunyai 3 orang anak yang masih kecil.Sekarang ni ,beliau kerja pun tak menentu.Bila ada kerja barulah di panggil.Beliau jugak menasihati aku,beringat lah pada waktu senang,pastikan ada simpanan.Mana tahu terjadi apa -apa ,taklah hidup macam ni.

p/s: beliau fasih bercakap inggeris di sebabkan di sama kebanyakan pelanggan adalah mat salleh..


salam

post signature

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Home | Bisness | MP3 | Radio| Log Out |

Copyright © 2009 Kehidupan |Designed by Templatemo And Biasa