Hujan Lebat

Kelmarin satu titik hujan pun tak ada.Petang ni hujan turun dengan lebat sekali.Takut jugak aku di buat nya.Kena banjir lagi sekali,letih oOo0.Harap-harap air takkan naik la.Tadi pagi sahabat, aku memberitahu aku bahawa Mantan MB akan datang ke tempat kita pada petang ini untuk memberi sumbangan kepada mangsa banjir.Kelam kabut jugak aku di buat nya.Mana tidak nya,kerja masih lagi belambak,banyak tempat lagi perlu aku kena tuju.Rugi la kalau beliau datang aku takda.hehehe.Sedang aku sibuk nak menghabiskan kerja aku,sahabat aku menelefon.Dia memberitahu program pada petang ini dibatalkan.Tiada pulak alasan yang diberikan,mungkin di sebabkan hujan terlalu lebat,itu yang menghalang program pada petang ini.Itu yang tak jadi tu.Mantan MB ni nak melawat rumah ke rumah mangsa banjir.Mau basah satu badan ni.Mungkin program tersebut di tunda ke malam ini atau esok.Apa pun aku ucapkan terima kasih kepada Mantan kerana masih lagi mengambil berat dan prihatin terhadap masalah di tempat aku,walaupun beliau sekarang bukan lagi YB di kawasan aku...


salam




0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Home | Bisness | MP3 | Radio| Log Out |

Copyright © 2009 Kehidupan |Designed by Templatemo And Biasa