Pada 30/12/09 adalah hari yang di tunggu-tunggu oleh aku.Kepulangan emak tersayang dari menunaikan haji pada 30/12/09 jam 2.45 pm di Lapangan Terbang Bayan Lepas Penang.AKu tiba di di lapangan terbang Bayan Lepas 2.40 pm.Orang begitulah ramai,semua nya menanti kepulangan saudara,ibubapa masing-masing.Lebih kurang selepas 30 minit,baru la semua jemaah haji berjalan keluar dari tempat ketibaan.Aku menanti kepulangan emak yang tersayang.Aku perhati dan terus perhati,tiba-tiba aku melihat emak keluar dari pintu ketibaan,wajah nya begitu bersih dan berseri.Aku memanggil Emak dengan sekuat hati.Emak memandang dan membalas senyuman kepada aku.Aku terus berlari pergi kepada emak, dan aku terus memeluk tubuh emak dengan sekuat-kuatnya.Pelan-lahan air mata aku mengalir keluar.Aku bersyukur kepada Ilahi kerana emak aku selamat pulang ke tanahair dan berjaya menunaikan haji di sana. salam
Kepulangan Emak Tersayang
Karnival Memancing Tradisional
Syukur alhamdulillah,Karnival Memacing Tradisional telah berjalan dengan lancar nya.Seramai 48 orang telah menyertai pertanding memancing tradisional pada hari ini.Kami jugak telah membuat acara sampingan seperti cabutan bertuah untuk perserta mengikut no perdaftaran,siapa dapat ikan paling banyak jumlahnya,siapa dapat ikan dahulu dalam masa 3 minit,siapa yang menggunakan pancing atau jorang yang menggunakan buluh dan teka berapa jumlah cokalat berbayar.Hasil dari kutipan teka jumlah cokalat yang berbayar akan di sumbangkan kepada anak-anak yatim yang berada di tempat aku.Aku jugak ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Y.A.B Datuk Seri Dr Md Isa Sabu ( MB Perlis),saudara Mohsin (KP Negeri Perlis), saudara Ariff(Pemangku KP Bhg Kangar),Dato Tajuddin(Penyelaras Umno Bhg Kangar),saudara Nazuwan(Penyelaras Pemuda Umno Bhg Kangar),ajk Umno Bhg Kangar,ajk Pemuda Umno Bhg Kangar kerana sanggup melapangkan masa dan hadir untuk bersama dengan kami bagi memeriahkan program Karnival Memancing yang di anjur kan oleh Belia Setia Kawan,JKK dan Pemuda Umno cawangan aku.Aku jugak ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah terlibat atau tidak terlibat bagi menjayakan program karnival memancing tersebut.Insyaallah acara karnival memancing tradisional ini akan menjadi acara setiap tahun...
Pendaftaran bermula jam 8.00 pagi
Para petugas sedang bersiap sedia untuk mengambil tempat masing-masing
Cuaca yang baik untuk memancing.hehehe
Dj Boy dan Dj E , memeriahkan lagi suasana
aku bersama salah seorang ajk pengadil
Hadiah - Hadiah yang di pamerkan.Biar dia orang seronok tgk hadiah hehehe
Para peserta di berikan kebebasan untuk memancing di masa sahaja asalkan jangan melepasi tempat yang telah di tanda.
Hari semakin panas,para peserta tetap memancing dengan penuh khusyuknya.hehehe hadiah punya pasal dan seronok punya pasal.
Salah seorang ajk pengadil menolong warga emas membuang mata kail di mulut ikan.
Ketibaan Y.A.B Menteri Besar Perlis, Y.A.B Datuk Seri Dr Md Isa di Sabu di sambut oleh JKK
walaupun panas terik,Y.A.B berjalan melihat setiap peserta yang bertandin pada hari itu.CaiyoKK laa MB!!! jiwa kampung... :)
Y.A.B memberi ucapan
Berbaju kuning,barisan ajk pemuda umno bhg Kangar
terima kasih kepada pihak media dari Harian Metro dan Sinar yang sudi hadir
penyampaian hadiah kepada pemenang
Belia - belia muda yang terlibat
Pemuda - pemuda yang terlibat
terima kasih buat belia setia kawan dan pemuda kerana percaya dan memberi sokongan kepada aku,aziz dan boy..
salam
Mesyuarat dan persiapan terakhir untuk Karnival
Petang ini aku bertolak balik ke Perlis.Pada malam ini aku terpaksa menghadiri mesyuarat untuk karnival memancing tradisonal yang akan di pada esok hari.Aku sampai di Perlis jam 9.30 mlm,aku terus pergi mesyuarat yang di adakan di dewan tempat aku.Semua persiapan untuk karnival pada hari esok telah di buat,lantikan urusetia dan pegawai di tambahkan lagi.Pada malam ini jugak aku memastikan bahawa setiap kerja telah di agihkan mengikut ajk-ajak yang telah di lantik.Setelah selesai mesyuarat,aku terus menuju ke tempat karnival yang akan di adakan esok hari.Persiapan tempat dan pa sistem telah siap di pasang.Aku memberitahu mereka semua ,bahawa esok 7.30 pagi kita semua perlu berada di tempat karnival ini.Pada malam ini jugak aku tidak dapat tidur nyenyak.Ini kerana aku tidak pasti lagi berapa banyak penyertaan dari orang ramai.Aku harap esok program ini akan dapat banyak penyertaan dan sambutan dari orang ramai. Persiapan untuk kesokan harinya salam,, barisan pemuda dan belia yang hadir mesyuarat
puteri terlibat di bahagian pendaftaran
Pagi di Pulau Banding
Pagi ini aku pergi ke Pulau Banding.Hari ini aku akan meronda di tasik banding dengan manaiki bot.Sampai saja di Pulau Banding,aku melihat begitu ramai pelancong dari dalam negara dan luar negara berada di jeti Tasik Pulau Banding tersebut.Ramai yang beratur dan menunggu bot untuk meronda di kawasan tasik banding tersebut.Untuk pengetahun,Pulau Banding sekarang di miliki oleh EMKAY LANDS.Terdapat jugak resort - resort di sana.Pemandangan di tasik Pulau Banding sangat lah cantik dan tenang.Memang sesuai untuk kita pergi merehat kan otak dan minda kita ini. salam