Agihan Bantuan untuk mangsa banjir

petang ini kami menerima panggilan dari pejabat yayasan pok kassim.Kami di arahkan pergi ke sana untuk mengambil sumbang dari Dato'Seri Shahidan.Aku pergi bersam Ketua Pemuda aku,dan aziz.Setelah tiba disana ramai orang yang berada di hadapan pejabatnya.Ketua Pemuda Negeri pun ada di sana jugak.Kami di jemput masuk untuk berjumpa dengan Dato'Seri bersama dengan Ketua Pemuda Negeri.Pertama kali kami menjejak kaki masuk ke pejabat Yayasan Pok Kassim.

semua cerita di akhbar mengenai Dato' Seri di lekatkan di diniding.

sempat lagi bergambar tu.hehehe..

Setelah kami memberitahu berapa jumlah mangsa banjir dan menyerahkan senarai tersebut kepada beliau.Beliau menyerahkan bantuan tersebut kepada Ketua Pemuda Negeri untuk di agihkan kepada mangsa-mangsa banjir di tempat aku .

Selesai saja penyerahan itu,Kami bersama Ketua Pemuda Negeri terus menuju ke tempat ku.Kami tiba di dewan tempat kami dan kami membincangkan bagaimana nak di agihankan kepada mangsa-mangsa banjir.Aku membuat pengumuman dengan mengunakan pembesar suara memanggil mangsa-mangsa banjir untuk datang ke dewan.Bagi yang tidak dapat hadir, kami akan masuk pergi ke rumah mangsa-mangsa banjir tersebut.Bagi yang hadir akan terus terima sumbangan dari Ketua Pemuda Negeri.

Ketua Pemuda Negeri mengagihkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang datang ke dewan.Bagi yang tidak dapat datang ke dewan, kami bersama dengan Ketua Pemuda Negeri akan pergi rumah mangsa-mangsa banjir selepas itu.

Bagi rumah yang kami pergi tiada orang di rumah.Bantuan itu akan di serahkan kepada kami dan kami akan memberi kepada mangsa-mangsa banjir pada malam ini.

Kami menerima duit mangsa banjir daripada KP negeri yang akan di berikan kepada mangsa-mangsa banjir yang tidak dapat hadir ke dewan dan yg tidak ada di rumah.

aku,Ketua Pemuda dan Pengerusi Belia Setia Kawan Kg Bakau mewakili Ketua Pemuda Negeri memberi sumbangan kepada mangsa banjir.Macam YB plak aku ni... eheheheheh



salam...



post signature


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Home | Bisness | MP3 | Radio| Log Out |

Copyright © 2009 Kehidupan |Designed by Templatemo And Biasa