Parlimen(TQ Dato' Seri Mohd Radzi Tan Sri Sheikh Ahmad)

Awal aku bangun pagi hari tu,Bersiap- siap untuk sarapan pagi dan kemudian terus bertolak ke Parlimen.Pakain baju batik,hari isnin pulak tu.Tak penah di buat orang.Selalu nya orang kerajaan ni pakai baju batik hari khamis tak silap aku.Rasa janggal aku di buat nya ..

Menaiki bas menuju ke parlimen
Sempat lagi aku tangkap gambar sendiri..hehe
Sahabat dari bilik sebelah...

Kami bertolak jam 9.00 pagi.Kami bertolak awal pagi tu di sebabkan hari itu ada lah hari berkerja,maka kereta punya la banyak.Pening jugak kepala aku tengok kereta banyak sangat,Rupanya hotel yang kami menginap itu dekat sahaja dengan bangunan parlimen,perjalanan mengambil masa lebih kurang 20minit saja.

akhirnya tiba di bangunan parlimen...
inilah bangunan parlimen.Mesti semua orang dah tahu kan.hehehe
macam YB tak kawan aku ni.YB BOY hahahaa.


Rupanya di kawasan parlimen ni,bas atau kenderaan awam ni tidak di benarkan masuk.Terpaksa kami berjalan menuju ke pintu masuk bangunan parlimen.Nasib baiklah tidak jauh.Kalau jauh pun,aku jalan gak,ini pengalaman ni.Bukan senang nak masuk tengok orang bersidang secara langsung.Bila tiba di pintu masuk ke dewan parlimen,kami semua terpaksa menunggu Dato' Seri Mohd Radzi terlebih dahulu.Ini kerana hanya beliau yang dapat bawak kami masuk kedalam bangunan parlimen tersebut.Kami dapat melihat ramai ahli-ahli parlimen yang hadir pada pagi itu

Dato' Ismail Bin Kasim ahli parlimen arau... sempat bertanya khabar.

Kemudian
Dato' Seri Mohd Radzi pun datang.Beliau membawa kami semua masuk ke dalam bangunan parlimen,Tapi sebelum masuk di dalam bangunan parlimen tersebut,kami semua terpaksa menyerahkan handphone masing-masing.Mungkin dia orang takut kami rakam aksi dan gelagat mereka waktu bersidang.adeHHH..takleh bawak masuk hp.isk.


Handphone di serahkan kepada pegawai yang bertugas.

Apabila masuk di dalam bangunan parlimen tersebut,kami telah di berikan penerangan sekali lagi oleh pegawai yang bertugas di situ.Persidangan berjalan tepat jam 10 pagi dah behenti pada jam 12 tengahari.Aku dapat lihat secara langsung parlimen bersidang pada hari itu.Pengalaman menarik ni.Bukan semua orang dapat.Aku dapat lihat Anwar Ibrahim bertikah lidah,Nala bertikam lidah,kecoh di buat nya.hehehehe
Setelah habis persidangan kami semua di bawak melihat kawasan sekitar bangunan parlimen.Kami juga di beri peluang masuk ke dalam dewan negara.Apa lagi,aku duduk atas kerusi Senator hari tu.Pergh sedap gila kerusi tu.Patut la dia orang leh duduk situ 2 jam.hahaha.
Tapi yang menarik di dalam bangunan tersebut adalah tempat merokok.Sama ada ahli parlimen ka,menteri ka.kala nak isap rokok,satu ja tempat dia.Smoking area tu la.Smoking la bersama dengan orang biasa.hehehe.Dah habis semua meronda satu bangunan parlimen ,kami semua keluar bersedia untuk bertolak balik ke hotel.Di luar aku mengucapkan terima kasih kepada
Dato' Seri Mohd Radzi kerana memberi aku satu pengalaman yang tidak akan dapat aku lupakan.

Bersama Ahli Parlimen Kangar . YB Dato' Seri Mohd Radzi Tan Sri Sheikh Ahmad



TQ
Dato' Seri Mohd Radzi Tan Sri Sheikh Ahmad


salam

post signature





0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Home | Bisness | MP3 | Radio| Log Out |

Copyright © 2009 Kehidupan |Designed by Templatemo And Biasa