sarapan pagi bersama azizi dan ketua pemuda sambil menunggu orang Ketua Pemuda Negeri datang mengambil senarai nama mangsa banjir.
Kemudian kami telah di ajak pergi ke balai polis Arau bersama dengan Dato' Seri dan Ketua Pemuda Negeri dengan pemuda-pemuda yang lain.Tujuan Dato' Seri ke balai polis Arau adalah untuk mengetahui jalan cerita yang sebenar apa yang telah berlaku tentang kejadian baru-baru ini yang telah menglibatkan seorang anggota polis telah menembak seorang pemuda yang di katakan mengamuk.Pemuda tersebut meninggal setelah peluru mengenai dadanya.
setelah beliau berpuas hati mendengar keterangan dari pihak polis.Kami
semua menuju ke rumah arwah yang di katakan mengamuk itu.
Dato' Seri mendengar cerita di sebelah pihak ibubapa mangsa pulak.Apa yang aku dengar ,dia orang akan upah peguam untuk menuntut keadilan yang sebenar nya.....
Selepas itu dato' seri terus menuju ke rumah kenduri yang di adakan di utan aji.Dato' Seri juga memaklumkan kepada kami,petang ini datang ke Pejabat nya untuk mengambil duit sumbangan mangsa banjir untuk di berikan kepada mangsa-mangsa banjir...
Padat gila aktiviti aku di pagi hari ni......
salam
0 ulasan:
Catat Ulasan