Berair Mata KU

Badan aku masih lagi letih.Letih dengan hal-hal banjir dan memandu kereta.Semalam aku ingat nak tido awal.Tapi di kejutkan dengan suasana panik,kepala anak sedara aku berdarah jatuh dari kerusi.Kelam kabut aku di buat nya,Aku memandu kereta abg ipar aku menghantar anak sedara aku ke unit kecemasan di hospital kulim.Jauh tu..dari Penang ke Hospital Kulim.
Jam menunjukkan jam 1.00 pagi.Pagi esok aku perlu bangun jam 3.30 pagi untuk menghantar orang tua ku menunaikan haji di mekah.Aku dengan keluarga ku yang lain terpaksa bertolak awal kerana takut akan mengalami kesesakkan di atas jambatan Pulau Pinang.Alhhamdulillah pada pagi ini tiada kesesakan di atas Jambatan Pulau Pinang.Kami tiba di Komplek Tabung Haji Bayan Lepas 4.30 pagi.Setiba di sana aku dapat melihat jemaah haji yang lain bersama keluarga mereka berkampung di komplek tabung haji.Pendaftaran orang tua aku jam 7.45 pagi.Ingin jugak aku melelapkan mata aku di bawah khemah yang di sediakan oleh tabung haji.Tapi masa aku bersama dgn orang tua ku cuma lagi 3 jam.Maka aku menghabiskan masa aku berborak bersama orang tua ku.
Jam menunjuk 7.30am setiap jemaah haji di mestikan memakai ihram sebelum mendaftar.Apa bila tiba waktu pendaftaran,waktu itu ialah
waktu perpisahan antara orang tua ku dgn kami semua.Aku peluk erat orang tua ku,pelahan-lahan air mata aku mengalir keluar.Orang tua ku berpesan kepada ku,JANGAN LAH TINGGAL SEMBAHYANG.Berkali-kali dia pesan kepada ku.Aku cium kiri kanan pipi orang tua ku.Sebak aku rasa,Seperti orang tua ku pergi takkan kembali.Pelahan-lahan aku lambai tangan aku kepada orang tua ku,Di dalam hati ku,aku berdoa agar orang tua ku sihat walafiat serta dapat menunaikan haji dan kembali ke Malaysia.Tanpa aku sedari sedang aku melihat orang tua ku pergi,mata aku berair kembali.
Ya ALLAH Ya Tuhan Ku,
Sihatkan Lah ORang TUA Ku,
Permudahkan ORang Tua KU Melakukan Amal Ibadat Terhadap MU,
Lindung lah Ia Dan Jauhkan Ia DAri Kesusahan,
AKu mohon Pada MU Ya ALLAH,..
Amin......






0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Home | Bisness | MP3 | Radio| Log Out |

Copyright © 2009 Kehidupan |Designed by Templatemo And Biasa