Selamat Hari Raya Aidiladha

Buka hati,
Dapat cinta,
Buka fikiran,
Dapat Ilmu,
Buka Beg Plastik,
Dapat Daging Korban,
Baca blog Biasa,
Dapat satu ucapan,

"SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA"

Raya qurban tahu ni aku beraya di Perak.Pagi ini aku solat di satu surau.Ramai orang di sana.Aku bersalaman dan mengucapkan selamat hari raya.Ada yang berbalas dengan senyuman,ada jugak yang sombong.Dalam hati aku berkata,isk macam ni punya perangai pun ada.Bila di tegur,di buat sombong.Di pagi raya pulak tu.Aku abaikan semua tu,tujuan aku ke surau adalah untuk sembahyang hari raya aidiladha.Aku di maklumkan di surau itu akan mengadakan korban lembu selepas solat Jumaat.Ramai-ramai di jemput hadir bersama gotong-royong memotong daging.Selepas saja menunaikan solat,aku terus menuju ke satu tempat yang pada pagi itu dia orang mengadakan korban sekor lembu.Aku turut terlibat sama bergotong royong menolong orang di situ.Daging yang di potong di agihkan kepada orang kampung.Ada jugak daging yang di masak di tempat itu,dan mereka membuat kenduri dan menjemput orang kampung makan bersama.Seronok aku rasa bila terlibat sekali bersama dengan mereka.Aku ingat pada tahun depan aku akan kongsi bersama ahli keluarga untuk membeli lembu dan mengadakan korban di tempat aku.

lembu sedang di lapah
sedang bersiap sedia untuk memotong daging lembu
ramai-ramai memotong daging lembu

daging lembu di timbang dan di agihkan kepada penduduk

kepala lembu sedang di proses

Terfikir jugak di hati aku,lembu ni semua ada gunanya.Tak rugi kalau bela.Daging,kulit,tanduk,kaki,ekor,telinga sehingga ke tahi.Semua nya ada gunanya..

salam


post signature




0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Home | Bisness | MP3 | Radio| Log Out |

Copyright © 2009 Kehidupan |Designed by Templatemo And Biasa