Projek mengemas

Hari ini aku bangun awal,aku perlu balik ke Perlis untuk melihat apa yang sudah terjadi dengan rumah aku.Apa yang pasti,hari aku aku akan keletihan dengan mengemas dan membasuh rumah aku.Hari ini aku tidak pergi berkerja,awal pagi tadi aku dah menelefon akak tempat kerja aku tu,Aku dah minta cuti untuk memcuci dan mengemas rumah.Aku bertolak balik dari Perak tadi jam 10.30 pagi.Dalam perjalan balik ke Perlis,jalan tidaklah begitu sibuk.Mungkin di sebabkan hari ini,hari berkerja dengan hari persekolah.Aku singgah di Hentian R&R Gurun.Sunyi ja.Boleh di katakan boleh kira orang dengan jari ja.

sunyi ja suasana...

Aku sampai di Perlis.Jam 1.30ptg.Letih bawak kereta pun belum habis lagi.Aku terus singgah di kedai runcit.Aku beli sabun,mop.penyapu.Barang-barang ni kena ada kalau nak mencuci ni.Kalau tak, tak mencuci la aku.Sampai sahaja di rumah,aduh!!~~ tahu saja la.Bila air dah kering,lumpur penuh la.Berbau pulak tu, tak tahan o0o.Dari jam 2.30ptg aku cuci sampai jam 6.00ptg baru la selesai aku mencuci rumah aku.Tu belum lagi mengemas barang lagi.Badan aku dah keletihan sangat.Aku ingat malam ni baru aku nak mengemas sikit demi sedikit...


Buka ja pintu,sedih ja aku tengok rumah aku penuh dengan lumpur
Tengah berfikir,kat mana aku nak mula dulu

Bermain sabun aku hari ini.gosok jangan tak gosok
Akhirnya,kembali bersih...



salam..



0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Home | Bisness | MP3 | Radio| Log Out |

Copyright © 2009 Kehidupan |Designed by Templatemo And Biasa