Terlelap lebih

Pagi ini aku tak sedar,aku bangun lewat.Pukul 11.15pagi baru aku bangun.Tergendala aktiviti aku nak pergi jogging.Adeh,perut semakin boroi ni.Tak sanggup aku jadi boroi di waktu usia yang belum mencecah 40.Naya kena kutuk ni.Aktiviti hendak berjogging tak menjadi hari ni,masih ada satu lagi aktiviti aku hari ni.iaitu membasuh kereta.Memandang aku ni belum lagi sarapan,aku terus menuju ke kedai MAMAK kari kepala ikan di simpang empat jalan depan sana.Ada satu mamak tu datang ambik order.Hampeh tul.cakap melayu pun tak pandai.Ni mesti mari dari india ni.Nasib baik apa yang aku order,dia hantar betul.Kalau tak,aku lesing ja mamak tu.Selepas aku dah sarapan pagi pada waktu tengahari,hehehe.Aku teruskan dengan aktiviti selanjutnya iaitu basuh kereta.Ingat nak hantar ke kedai cuci kereta ja.Memandangkan tadi aku tidak berjogging,apasalahnya aku keluarkan peluh dengan mencuci kereta.Kira senaman la tu.Selesai aja mencuci kereta,tak sampai 20 minit,hujan turun punya lah lebat.Adeh.... dugaan semua tu.Kalau tak nak kotor,kena letak dalam selimut la.hahaha.Sekejap lagi aku nak bertolak balik ke Perlis.Aku telefon sepupu aku di sana.Sepupu aku cakap,air banjir sudah semakin surut,tetapi di dalam rumah aku masih lagi terdapat air.Belum sampai ke Perlis lagi.aku dah pun merasa letih nak mengemas dan mencuci... uwaaaa


salam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Home | Bisness | MP3 | Radio| Log Out |

Copyright © 2009 Kehidupan |Designed by Templatemo And Biasa