Rehatkan diri

aku tiba di Perak jam 8.30mlm.Aktiviti aku di Perak tidaklah banyak sangat.Aku cuma duduk di rumah melayan astro dan melayan game online mafiawars.Jam 10.30 mlm aku keluar pergi ke bazar gerbang malam.Bermacam-macam ada jual di sana.Kebanyakan barang yang datang daripada Thailand.Harga pun boleh la tahan.Tiada benda yang menarik pun di hatiku.Saja aku pergi untuk mencuci mata dan melihat gelagat orang.Aku singgah di satu kedai makan,orang punya lah ramai.Rupanya di situ terdapat satu screen besar,projektor.Patutlah orang ramai,orang melihat cerita dvd yang di pasang oleh taukey kedai itu.Dekat setengah jam jugak aku tunggu,barulah aku dapat menjamu selera.Makanan di situ sedaplah jugak,patut lah orang ramai.Pandai sungguh taukey dia,dah makanan sedap di tambah dengan tarikan projektor screen plak.Penuh la kedai dia.Selesai sudah aku makan,aku terus balik ke rumah.Bila perut dah kenyang,mata pun layu lah.Macam ular sawa plak.hehehe.Esok aku nak bangun awal,aku nak pergi jogging dan basuh kereta.....


salam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Home | Bisness | MP3 | Radio| Log Out |

Copyright © 2009 Kehidupan |Designed by Templatemo And Biasa