TQ Dato' Seri Shahidan

Seperti yang aku jangka,kami semua di beritahu yang Dato' Seri Shahidan akan melawat tempat kami pada malam ini.Kami semua di maklumkan yang beliau akan datang pada jam 9.45 malam ni.Beliau jugak akan pergi rumah ke rumah mangsa banjir sendiri.Aku bersama dengan pemuda yang lain berkumpul menanti kedatangan beliau.Jam menunjukan 10.15 malam.Dato' Seri belum lagi datang.Adakah program malam ini akan berjalan atau tidak.Itu yang bermain di fikiran aku.Kami menerima panggilan yang menyatakan bahawa Dato' Seri perlu menguruskan sesuatu hal yang lebih mustahak.Tetapi beliau berjanji yang beliau akan hadir jugak pada malam ini.Tepat janji Dato' Seri yang beliau akan hadir pada malam ini.Jam 11.30 malam beliau tiba di tempat kami.Kami menyambut kedatangan beliau.Beliau memberitahu beliau terlewat kerana beliau terpaksa menguruskan sesuatu hal yang lain terlebih dahulu.Di sebabkan beliau tiba lewat pada malam itu,program untuk pergi ke rumah-rumah mangsa banjir terpaksa di batalkan.Ini kerana keadaan masa yang agak lewat dan mungkin rasa mangsa-mangsa banjir telah tido nyenyak di buai mimpi.Dato' Seri meluangkan masa bersama kami dan beliau bertanya tentang perkembangan tempat kami dan keadaan banjir pada hari yang lepas.Banyak yang kami semua berborak dengan beliau.Beliau menceritakan tentang kemelutan Persatuan Bola Sepak Perlis,misi kebajikan di bandung,tentang Dr Asri dan bermacam-macam lagi.Seronok kami dapat meluangkan masa bersama beliau.Belia meluangkan masa bersama kami lebih kurang 1jam.Tentang program malam ini,program tersebut di tunda pada esok petang.Ini kerana kami di tugaskan sekali lagi membanci mangsa-mangsa banjir kerana pada hari yang lepas terdapat sebilangan mangsa banjir yang tercicir dari bantuan.Nama nama mangsa banjir perlulah di hantar esok pagi sebelum jam 10.00 pagi.Ini kerana program tersebut akan di adakan pada sebelah petang esok.Aku jugak sempat memberitahu Dato' Seri yang pada hari raya korban ini,tempat aku akan mengorban kan sekor lembu.Pemuda jugak turut terlibat di dalam program tersebut.Lembu kami sudah ada,cuma pekakas hendak memasak saja yang belum ada.Ini kerana lembu yang di korbankan akan di masak di surau dan menjemput semua penduduk tempat kami hadir menjamu selera.Beliau memberitahu kami yang beliau akan uruskan semua itu.Aku mengucapkan terima kasih berbanyak-banyak kepada Dato' Seri Shahidan kerana beliau sanggup hadir pada malam ini serta sanggup menghulurkan bantuan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir.Semoga tuhan sahaja yang dapat membalas jasa beliau terdapat penduduk-penduduk tempat aku ini.

Ketua Pemuda Negeri Perlis pun turut hadir dan prihatin dengan masalah kami


Dato' Seri melauangkan masa bersama kami.Banyak yang dapat kami berkongsi bersama dengan Dato' Seri


Pemuda dan gerakan mangsa banjir


TQ Dato' Seri Shahidan bin Kassim & Yayasan Pok Kassim....


salam..

post signature



0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Home | Bisness | MP3 | Radio| Log Out |

Copyright © 2009 Kehidupan |Designed by Templatemo And Biasa