Program Sumbangan Baitulmal Untuk Mangsa Banjir

Pagi kelmarin kelam kabut dibuatnya aku bersama sukarelawan yang lain.Kami dapat maklumat yang Baitulmal negeri akan datang ke tempat aku untuk memberi sumbangan kepada mangsa banjir.Nama - nama mangsa banjir perlu di hantar kepada mereka sebelum jam 11.00 pagi kerana ini akan memudahkan mereka semasa membuat agihan sumbangan kepada mangsa.Pada petang itu,Pengerusi JKK kami tidak dapat bersama kerana beliau terlibat dengan kes tribunal Koperasi, Angkasa di Ipoh,Perak.Beliau telah memberi kepercayaan kepada aku bersama sukarelawan yang lain untuk mengendalikan program pada petang itu.Takut jugak aku di buat nya kerana program pada petang itu,aku dapat tahu ada jugak orang vip yang akan hadir.Apapun aku telah cuba sedaya upaya bagi memastikan program tersebut berjalan dengan sempuna.Alhamdulillah,pada petang itu program tersebut berjalan dengan sempurna.Mangsa semua menerima bantuan merupakan duit dan bantuan makan.Seramai 97 buah keluarga yang menerima bantuan pada petang itu.Yang hadir pada petang itu ialah YB Dato' Seri Mohd Radzi Tan Sri Sheikh Ahmad(Ahli Parlimen Kangar),YB Tuan Jefri Bin Othman(Exco Agama Islam Negeri Perlis)YB Dr Dr Por Choo Chor(Indera Kayangan),YBhg Dato' Haji Abu Bakar Bin Hj Ahmad(Pengerusi Baitulmal Negeri Perlis),Tuan Haji Rosli (Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis),Tuan Hj Mohd Sokri Bin Hj Hussin (Pengarah Baitulmal Negeri Perlis),Ybhg Dato Tajuddin(Penyelaras Umno Indera Kayangan),Pn Hajjah Rela(Ketua Wanita Umno Bhg Kangar),Pn Huzaini (Ketua Puteri Umno Bhg Kangar) dan pihak media.Terima kasih berbanyak-banyak aku ucapkan kepada mereka semua yang sanggup datang menyalurkan sumbangan pada petang itu dan begitu prihatin terhadap masalah dan kepayahan kami menghadapi banjir yang tak surut-surut ini.Terima kasih jugak kepada jentera bencana banjir dan pemuda kerana program pada petang itu berjalan dengan begitu lancar.Terima kasih jugak kepada Pengerusi JKK kerana memberi kepercayaan kepada aku,azizi dan boy.

dari kanan,
Tuan Haji Rosli (Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis),Tuan Hj Mohd Sokri Bin Hj Hussin (Pengarah Baitulmal Negeri Perlis),YBhg Dato' Haji Abu Bakar Bin Hj Ahmad(Pengerusi Baitulmal Negeri Perlis),YB Tuan Jefri Bin Othman(Exco Agama Islam Negeri Perlis),YB Dr Dr Por Choo Chor(Indera Kayangan),Ybhg Dato Tajuddin(Penyelaras Umno Indera Kayangan) dan yang tengah berdiri tu adalah aku.


syukur alhamdullilah dapat berkumpul beramai -ramai

YB Tuan Jefri menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir

YBhg Dato' Haji Abu Bakar menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir


Mangsa -mangsa banjir menerima sumbangan





salam..

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Home | Bisness | MP3 | Radio| Log Out |

Copyright © 2009 Kehidupan |Designed by Templatemo And Biasa